PUTRAJAYA: Lapan beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 cukup teruja dapat berjumpa dan berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasmi perdana menteri di sini hari ini.
Mereka yang merupakan anak angkat Ismail Sabri adalah jemputan istimewa untuk bersama berbuka puasa di Seri Perdana hari ini, sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian yang berlangsung di kediaman rasmi itu.
Ketua keluarga lapan beradik itu Benyajeed Bernie meninggal dunia pada 16 Julai 2021 akibat COVID-19, manakala isterinya Noraini Ibrahim meninggal dunia dua hari kemudian.
Pada 22 Julai 2021, Ismail Sabri yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu menyantuni lapan beradik berumur lingkungan empat hingga 19 tahun berkenaan di Rawang, dan berkata Kementerian Pertahanan bersetuju untuk mengambil mereka sebagai anak angkat kepada Boustead Holdings Bhd, anak syarikat di bawah kementerian itu.
Anak sulung pasangan berkenaan Nazurah Nabilah Benyajeed, yang kini 20 tahun ketika ditemui pada majlis berkenaan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan kerajaan khususnya Ismail Sabri terhadap kebajikan keluarganya, yang disifatkannya bagaikan 'sudah jatuh ditimpa tangga'.
"Ketika kehilangan ibu bapa, memang rasa 'kabur' tak tahu nak buat apa. Tapi syukur Alhamdulilah banyak agensi mengambil berat mengenai situasi kami dan amat terhutang budi atas segala bantuan yang dihulurkan setakat ini," kata pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.
Pada majlis berkenaan, Ismail Sabri turut beramah mesra dengan kesemua anak angkatnya dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Lapan beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19 cukup teruja dapat berjumpa dan berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
Lapan beradik hilang ibu bapa akibat COVID-19 teruja jumpa PM
Mereka yang merupakan anak angkat Ismail Sabri adalah jemputan istimewa untuk bersama berbuka puasa di Seri Perdana hari ini.
Pahang tawar rumah kepada 8 beradik yatim piatu akibat COVID-19
Kerajaan Pahang hari ini menawarkan untuk membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19 minggu lepas.
8 beradik yatim piatu akibat COVID-19 dibantu
Nazurah Nabilah bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 dan empat tahun kini tinggal di rumah saudara mereka di Bukit Beruntung, Rawang.
'Tinggal kami 8 beradik' - Dalam 3 hari yatim piatu setelah ibu ayah pergi akibat COVID
Bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat COVID-19.
Mak ayah terlibat dadah, 8 anak tak terurus
Kesemua mereka terdiri daripada 10 beradik, namun ketika serbuan itu dijalankan, dua lagi anak pasangan terbabit berusia 14 dan 17 tahun tiada di rumah.